Visi & Misi

Posted on July 16th, 2010 in Visi & Misi by skbuangsayang

visi

Sejarah Sekolah Kebangsaan Buang Sayang

Posted on July 16th, 2010 in Pengenalan by skbuangsayang

sekolahku rumahku
Sekolah Kebangsaan Buang Sayang ditadbir sepenuhnya pada 5 Februari 1995 oleh Encik Saidali bin. Hj. Ag. Damit, seorang anak kelahiran Kampung Buang Sayang, Papar.

Sebagai permulaan, seramai 16 orang guru telah ditempatkan di sekolah ini. Mereka datang dari sekolah-sekolah dalam dan luar dari daerah Papar iaitu melalui proses permohonan dan pertukaran. Sekolah ini didirikan dikawasan seluas 4.47 ekar dan terletak 92 kilometer dari bandar Kota Kinabalu. Kos pembinaan bangunan sekolah lebih kurang RM4.5 juta.

Sebanyak 8 unit rumah guru telah disediakan khas untuk kakitangan guru yang tinggal jauh dari sekolah. Bilangan murid semasa sekolah baru dibuka ialah seramai 158 orang. Mereka terdiri dari golongan anak-anak pegawai kerajaan, persekutuan, petani dan nelayan. Mereka tinggal dikampung-kampung yang berdekatan seperti Kampung Timbangan, Kampung Sapat, Kampung Buang Sayang dan Kampung Melugus. Mereka ke sekolah sama ada dengan berjalan kaki, menunggang basikal dan selebihnya dihantar dengan kereta atau van.

Sejak sekolah diwujudkan, prestasi akademik sangat menggalakkan. Kumpulan pertama murid-murid Tahun Enam yang menduduki Ujian Penilaian Sekolah Renda(UPSR) tahun 1996, umpamanya, telah mencatatkan keputusan yang cemerlang. Pada masa yang sama murid-murid sekolah ini telah menunjukkan kecemerlangan dalam kegiatan kokurikulum.

Selaras dengan visi dan misi sekolah sebagai institusi ilmu, amat wajar ianya dimurnikan lagi dengan SAHSIAH RUPADIRI dan PERATURAN SEKOLAH supayaselari dengan keindahan nama dan fizikalnya.